YAYASAN SIME DARBY TRACK SERIES
logo ysd_transp22
Register Event

Highlight

YSD Track Series Grand Final: Olimpian negara idam juara keseluruhan

 

Pelumba basikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri, menyimpan hasrat untuk muncul juara keseluruhan sambil berazam untuk mengelak sebarang kesilapan dalam perlumbaan YSD Track Series Grand Final yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, esok.

Izzah Izzati yang mewakili Kedah menganggap Anis Amira sebagai pencabar utama, namun tetap berwaspada dengan keupayaan pelumba-pelumba lain seperti Nurul Aliana Syafika, Valencia Tan dan Nur Alyysa Mohd Farid.

Olimpian negara tersebut berharap dapat melabuhkan tirai musim 2024 dengan kejayaan cemerlang selepas berjaya mendominasi setiap acara dalam kejohanan tersebut pada November lalu.

"Jika dilihat dari segi persaingan dan kutipan mata terkini, memang agak mencabar."

"Sekiranya saya melakukan kesilapan, saya pasti akan menerima padahnya. Bagi saya, saya mahu membuktikan yang saya mampu memberikan prestasi lebih baik berbanding sebelum ini."

"Kalau boleh, saya ingin menjuarai kejohanan ini secara keseluruhan. Jika tidak, saya akan cuba lagi pada tahun hadapan."

"Mereka semakin menunjukkan peningkatan dan semakin hebat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Sumber: Stadium Astro

Scroll to Top