YAYASAN SIME DARBY TRACK SERIES
logo ysd_transp22
Register Event

Highlight

YSD Track Series Grand Final: Konsistensi kunci utama Allysha Saifulnizam raih juara
Pelumba basikal muda negara, Nur Allysha Saifulnizam, berjaya merangkul kejuaraan kategori bawah 17 tahun (B-17) dalam acara keirin YSD Track Series Grand Final di Nilai. Allysha menunjukkan kehebatan dengan mengatasi pencabar-pencabar seperti Intan Nur Umaira dan Nurul Aqilah Mohd Fitri. Kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat terbaik buat beliau untuk meningkatkan prestasi menjelang musim akan datang. Kini, fokus utama Allysha tertumpu kepada persiapan menghadapi Kejohanan Trek Asia (ACC) yang bakal berlangsung di venue sama pada Februari depan. "Saya sangat penat kerana baru sahaja menyelesaikan kem latihan di Johor selama empat hari berturut-turut dan hari ini merupakan hari kelima. "Saya juga berbangga kerana berjaya mengekalkan konsistensi dalam prestasi diri sendiri. "Selepas ini, saya akan meneruskan latihan bersama skuad senior sebagai persediaan menghadapi ACC," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari. Sumber: Stadium Astro
Scroll to Top